1. Peringkat pertama ialah kehidupan di alam roh, satu tempoh yang tidak diketahui berapa panjang tempoh masanya.
2. Peringkat kedua ialah kehidupan di alam jasad (dunia). Ada yang berpendapat peringkat ini bermula sejak berada di dalam rahim ibu lagi. Satu peringkat kehidupan yang sangat singkat.
3. Peringkat ketiga ialah kehidupan di peringkat alam barzakh. Juga satu peringkat kehidupan yang sangat panjang. Bayangkan manusia yang mati 10 ribu tahun lalu masih berada di alam kubur, jika dibandingkan dengan kehidupan manusia di dunia ini, alam ini adalah sangat panjang.
4. Peringkat keempat ialah kehidupan di alam mahsyar, sementara menunggu amalan di adili dihadapan Allah, juga satu peringkat kehidupan yang sangat panjang (satu hari di mahsyar = 50 ribu tahun di dunia).
5. Peringkat kelima dan terakhir ialah kehidupan yang kekal abadi samaada di neraka atau di Syurga Allah.
YANG PELIKNYA, kebanyakan manusia menumpukan sepenuh perhatian dan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan di peringkat kedua, iaitu kehidupan diperingkat jasad (dunia) PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIA YANG PALING SINGKAT. Tak ramai yang memikirkan bekalan yang perlu dibawa untuk menghadapi kehidupan peringkat yang jangkamasanya terlalu panjang dan infiniti iaitu alam kubur, alam mahsyar dan alam abadi(SYURGA ATAU NERAKA).
Kalau diberikan pilihan, berapa lama kita nak hidup di dunia ini, 50, 60, 70, 80, 90, 100 atau 130 tahun !!
Kita tengok disekitar kita. Umur 50 tahun sudah tidak dapat mengecapi kenikmatan kehidupan di dunia, makan pun dah tak boleh semahunya kerana dah ada kencing manis, darah tinggi, kolesterol, gout, sakit jantung dan macam-macam lagi. Apatah lagi di usia 75 tahun, dah tak boleh buat apa-apa, mungkin akan menyusahkan orang lain, adakah kita nak hidup sehingga 120 tahun, sehingga pikun ??
Bekalan apa yang kita nak sediakan untuk menuju perjalanan yang sangat panjang ini !!.
Dan ingatlah sebaik-baik bekalan ialah bekalan TAKWA !!
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya :
“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’
(al-Tirmizi)
Huraian
- Setiap orang akan disoal oleh Allah sebelum dimasuk ke syurga atau neraka
- Ini menunjukkan kehidupan di dunia amat penting dan jangan disia-siakan usia yang ada
- Beramallah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang Allah.
No comments:
Post a Comment